FENOMENA PELIK DI PARIT BUNTAR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya FENOMENA PELIK DI PARIT BUNTAR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Parit Buntar: Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi semalam, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.
Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.
Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.
Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.
Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.
“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.
“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.
Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.
Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian. - myMetro
FENOMENA PELIK DI PARIT BUNTAR

FENOMENA PELIK DI PARIT BUNTAR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment