Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya
Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda
BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah cuba dirasai seorang pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie yang sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk mengetahui suasana di dalam perut reptilia itu.
Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.
Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.
Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.
Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi.
Demi Dokumentari, Lelaki Relakan Diri Ditelan Anaconda ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment