ANAK DR. RIDHUAN TEE DIDAKWA PALSUKAN SLIP SPM adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ANAK DR. RIDHUAN TEE DIDAKWA PALSUKAN SLIP SPM membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan rekod salinan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk milik anak seorang penceramah bebas.
Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Dia didakwa melakukan pemalsuan rekod salinan slip SPM dengan niat supaya rekod itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.
Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.
Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis untuk sebutan kes.- mstar
ANAK DR. RIDHUAN TEE DIDAKWA PALSUKAN SLIP SPM

ANAK DR. RIDHUAN TEE DIDAKWA PALSUKAN SLIP SPM ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment