AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI: Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI: Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.




AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI: Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans


KUALA LUMPUR: "Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?"



Itu antara catatan awal 'page' Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.



Page Amran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000 like dan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepada blogger Hanis Zalikha.



Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakan page Amran Fans adalah laman 'troll' Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu.



Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepada page baharu yang mula dibuka semula 10 November lepas.








Page baru Amran Fans di Facebook kini mencecah hampir 70,000 like selepas empat hari dibuka - Gambar Facebook Amran Fans





Bagaimanapun laman sosial Instagram Amran_Fans77 masih aktif dan sehingga kini mendapat hampir 54,000 pengikut.








Laman Instagram Amran Fans mempunyai hampir 54,000 pengikut - Gambar Instagram Amran Fans



Page Amran Fans pernah menggemparkan pengikutnya dengan pengenalan slanga yang dikatakan berunsur lucah, 'Ale uto' yang kerap sehingga viral di media sosial.



Amran Fans, walau bagaimanapun, menafikan frasa itu berunsur negatif dan menjelaskan maksud perkataan itu ialah 'I love u' (saya cinta kamu).



Astro AWANI sebelum ini menimbulkan persoalan individu yang gemar menutur frasa berkenaan merupakan golongan yang kurang kasih sayang.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







AMRAN FANS MASUK ASTRO AWANI: Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Saudara Ann iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.