Ustaz Kazim Keluar PAS Kerana Kecewa Dilabel Barua UMNO adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ustaz Kazim Keluar PAS Kerana Kecewa Dilabel Barua UMNO membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Ustaz Kazim Keluar PAS Kerana Kecewa Dilabel Barua UMNO




Ustaz Kazim Keluar PAS Kerana Kecewa Dilabel Barua UMNO

Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias mengumumkan keluar daripada Pas selepas kecewa dengan pelbagai fitnah serta tohmahan yang dilemparkan oleh pucuk pimpinan serta ahli parti itu terhadapnya selama ini.


Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi’ selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO.


“Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.


“Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, hari ini.


Mohammad Kazim memberitahu, kesabarannya terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sampai ke kemuncak apabila ada yang sanggup menggelarkan sebagai anak babi.


“Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan, dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas,” tegasnya.


Berhubung pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Ustaz Kazim Keluar PAS Kerana Kecewa Dilabel Barua UMNO ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.