Suami Sewa Tubuh Isteri RM50 Sejam Di Kuantan adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Suami Sewa Tubuh Isteri RM50 Sejam Di Kuantan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Suami Sewa Tubuh Isteri RM50 Sejam Di Kuantan






Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, Kuantan kelmarin.


Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.


Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.


Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.


“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Suami Sewa Tubuh Isteri RM50 Sejam Di Kuantan ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.