Nora Danish Akui Nadeem Ada Kriteria Sebagai Suami adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Nora Danish Akui Nadeem Ada Kriteria Sebagai Suami membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Nora Danish Akui Nadeem Ada Kriteria Sebagai Suami





Nora Danish Akui Nadeem Ada Kriteria Sebagai Suami

Aktres jelita, Nora Danish telah membuat pengakuan bahawa dia kini sedang berkenalan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.


Laporan mStar Online hari ini memetik, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.


Nadeem adalah anak kepada kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.


Dalam kenyataan lanjutnya, Nora berkata setakat ini Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengannya, malahan rumah mereka berdekatan menjadikan hubungan mereka lebih akrab.


“Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya.


Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya. Bagaimanapun Nora menjelaskan hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.


Bagi Nora, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran kepadanya dan dia perlu berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menjadi isteri sekali lagi. Namun Nora tidak menolak jika dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan Nadeem namun setakat ini hatinya belum terbuka untuk mana-mana lelaki.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Nora Danish Akui Nadeem Ada Kriteria Sebagai Suami ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.