Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tidak Berotak adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tidak Berotak membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tidak Berotak






Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau ‘I Want To Touch A Dog’ adalah seperti manusia yang tidak berotak.


“Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.


“Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam,” katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.


Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.


Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.


“Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.


“Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini,” katanya.


Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tidak Berotak ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.