MATI Sebab Nak ‘Power’, Nak ‘Besar’, Nak ‘Lama’!!! adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya MATI Sebab Nak ‘Power’, Nak ‘Besar’, Nak ‘Lama’!!! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





MATI Sebab Nak ‘Power’, Nak ‘Besar’, Nak ‘Lama’!!!




MATI Sebab Nak ‘Power’, Nak ‘Besar’, Nak ‘Lama’!!!

Pengambilan ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan. Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sudi berkongsi pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin terutamanya lelaki berkata, pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut.


Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat.


Ikuti temu bual seterusnya bersama Sinar Harian.



Boleh Dr jelaskan mengenai masalah penyakit lemah tenaga syahwat yang dihidapi oleh lelaki sehingga ada yang sanggup mengambil ubat kuat bertujuan untuk membantu memulihkannya?


Ia sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks bersama pasangannya. Mungkin mampu buat tetapi tidak berdaya atau dalam erti kata lain tidak puas terutamanya pasangan. Kita sedia maklum perkara ini adalah hubungan intim melibatkan lelaki dan perempuan bagi mengeratkan keharmonian keluarga. Namun perkara ini boleh jadi masalah kepada lelaki, beri tekanan serta mengaibkan jika mengalami masalah saya sebutkan tadi. Ini kerana lelaki khuatir ia mengganggu hubungan dan beri banyak kesan. Ciri-ciri kejantanan itu tergugat. Dia (pesakit) perlu buat sesuatu tetapi malu nak berkongsi dengan orang jadi terpaksa memendamnya hingga jadi dilema hingga menderita. Dia buat macam tiada apa berlaku malah isteri pun serba salah nak cakap kerana tak mahu lukakan hati suami lantas membiarkan perkara ini berlarutan. Tetapi ada juga pasangan yang beri tekanan hingga menyebabkan perbalahan kerana tidak dinafikan ia (seks) perkara paling penting.

Lalu ada yang sanggup pergi berubat melalui cara mistik sebagainya.


Ada lelaki bimbang sekiranya ‘kelemahan’ tersebut akan menjadi bahan ketawa sekeliling? Apa pendapat Dr?


Itu hanya tanggapan. Tanggapan kita. Sepatutnya kita kena sedar kita alami masalah kesihatan fungsi seksual lelaki iaitu biasanya mati pucuk. Tetapi mereka anggap ia sebagai hal peribadi, senyap dan tidak telus.


Apa punca-punca menyebabkan masalah lemah syahwat?


Punca utamanya adalah kesan penyakit lain umpamanya kencing manis, darah tinggi, sakit belakang, sakit pundi prostat dan kandungan kolesterol meningkat. Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi.


Tanggapan negatif sesetengah pesakit menyebabkan mereka terjebak memilih untuk mencuba pengambilan ubat kuat. Bagaimana Dr lihat mengenai perkara ini. Apakah risikonya?


Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan. Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi. Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan. Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara normal. Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut. Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power. Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala kerana sifat ingin cuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.


Apa penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi membendung penggunaan ubat kuat yang berbahaya ini?


Perkara paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit. Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh sebagainya. Ubahlah tanggapan negatif. Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan.


Incoming search terms:



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





MATI Sebab Nak ‘Power’, Nak ‘Besar’, Nak ‘Lama’!!! ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.