Larangan Memakai Seluar Ketat Bagi Wanita adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Larangan Memakai Seluar Ketat Bagi Wanita membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Larangan Memakai Seluar Ketat Bagi Wanita






Korea Utara melarang kaum wanita daripada memakai jean skinny atau seluar lain yang dianggap bergaya selain memperketatkan lagi kod pakaian negara itu.


Menurut Radio Free Asia (RFA), beberapa penduduk Korea Utara yang melawat China memberitahu “wanita dilarang memakai seluar di khalayak ramai sejak September lalu.”


Korea Utara melarang wanita memakai seluar di khalayak ramai pada 1970 sehingga lima tahun lalu apabila wanita dibenarkan memakai seluar berpotongan kemas pada Ogos 2009.


Menurut sumber, populariti budaya pop Korea Selatan turut mempengaruhi wanita di Korea Utara memakai seluar jenis skinny dan Capri.


Namun pihak berkuasa memandangnya sebagai “budaya lucah Korea Selatan” dan memutuskan mengharamkan penggunaannya.


Sehubungan itu, polis ditempatkan di seluruh Pyongyang untuk menahan wanita berseluar terutama pelajar universiti, kata seorang penduduk Pyongyang kepada RFA.


Menurutnya, wanita bekerja perlu memakai skirt untuk ke pejabat dan hanya dibenarkan bertukar kepada seluar sebaik tiba di situ. Warga asing atau rakyat China bagaimanapun terkecuali daripada kod pakaian itu.


Seorang lagi penduduk Korea Utara memberitahu RFA bahawa polis “menyasarkan wanita yang berpakaian atau mendandan rambut dengan cara yang melanggar peraturan.”





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Larangan Memakai Seluar Ketat Bagi Wanita ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.