Komplen Minyak Naik? Gaji RM2500 Tak Cukup? Anda Wajib Baca Kisah Hidup Lelaki Ini!
Baca kisah hidup Tuan Faizul Ridzuan, usahawan hartanah berjaya pada usia muda yang wajar diteladani semua orang. Mungkin dapat memberikan aura positif kepada rakyat Malaysia yang terbeban dengan kesempitan hidup ekoran keadaan ekonomi semasa:
Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.
– Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan.
– Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.
– Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?
– Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.
– Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain.
– Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.
– Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.
– Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.
– Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok.
– Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.
– Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.
– Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk.
– Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan
– Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.
– Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.
– Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.
– Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.
Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.
Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.
Sumber: Facebook Tuan Faizul Ridzuan
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment