Kenduri Kahwin Guna Air Keladak Di Kuala Lipis adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kenduri Kahwin Guna Air Keladak Di Kuala Lipis membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Kenduri Kahwin Guna Air Keladak Di Kuala Lipis




Kenduri Kahwin Guna Air Keladak Di Kuala Lipis

“Sudah lebih seminggu kami tidak mendapat bekalan air secara terus sehingga memaksa kami menggunakan air kolam yang berkeladak untuk membasuh pinggan mangkuk semasa kenduri kahwin kelmarin.”


Demikian luahan penduduk Kampung Sai, Gua yang berdepan dilema masalah bekalan air bersih yang telah berlarutan sejak sekian lama.


Penduduk, Rosdan Ishak, 42, berkata, sehingga kini penduduk di sekitar kawasan berkenaan masih menunggu untuk menikmati bekalan air yang sempurna bagi melancarkan rutin harian mereka.


Menurutnya, penduduk berdepan masalah tekanan air sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh agak lama untuk mendapatkan bekalan air.


“Kami berasa sengsara sejak sekian lama ekoran kegagalan pihak berkaitan membekalkan air bersih secukupnya.


“Pihak terbabit bukan sahaja gagal membekalkan air secukupnya secara berterusan tetapi bantuan kecemasan juga tidak dihantar segera apabila aduan dibuat hanya akan diselesaikan selepas beberapa hari,” katanya semalam.


Sementara, Ishak Subuh, 70, berkata, masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan pam penggalak baru di laluan utama kampung berkenaan.


“Sekarang ini, proses mengepam air di tangki utama yang terletak di Bukit Sarang lambat sedangkan keperluan air di rumah penduduk meningkat, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.


“Kami juga setuju sediakan tapak khas untuk meletakkan pam penggalak baru yang dijangka boleh tampung keperluan penduduk kerana kadar mengepam air ke tangki rumah penduduk dapat dilakukan lebih cepat,” katanya.


Incoming search terms:



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Kenduri Kahwin Guna Air Keladak Di Kuala Lipis ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.