Joko Widodo Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7
Joko Widodo menjadi Presiden baharu Indonesia yang ketujuh hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan pada majlis pelantikan sebentar tadi.
Joko, 53, yang mesra dengan panggilan Jokowi mengambil alih pentadbiran daripada Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat tempoh pentadbiran selama dua penggal.
Jokowi menewaskan Prabowo pada pilihan raya presiden Julai lalu.
Turut mengangkat sumpah pelantikan jawatan pada majlis di Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.
Gandingan Jokowi-JK (Jusuf Kalla) akan memimpin negara dengan penduduk seramai 250 juta itu selama tempoh lima tahun sehingga 2019.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment