ISU KENAIKAN HARGA MINYAK, TUN MAHATHIR BIDAS PENTADBIRAN NAJIB adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ISU KENAIKAN HARGA MINYAK, TUN MAHATHIR BIDAS PENTADBIRAN NAJIB membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





ISU KENAIKAN HARGA MINYAK, TUN MAHATHIR BIDAS PENTADBIRAN NAJIB







KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.



Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.



"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.



Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.



"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.



Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.



Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter ─ Harakah Daily




ISU KENAIKAN HARGA MINYAK, TUN MAHATHIR BIDAS PENTADBIRAN NAJIB ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.