Isteri Lapor Polis Tak Tahan Suami Gemar Meliwat
Seorang penoreh getah berusia 48 tahun ditahan polis di Temerloh selepas didakwa meliwat isterinya.
Dalam laporan itu, wanita berusia 47 tahun, seorang pekerja am di sebuah kilang kelapa sawit, mendakwa perbuatan tidak senonoh itu adalah melawan kehendaknya, menyebabkan dia mengalami trauma yang teruk dan tekanan emosi.
Dalam kejadian terbaru awal pagi Selasa, wanita itu mendakwa suaminya meliwatnya terlebih dahulu sebelum mengadakan hubungan seks yang normal. Tidak tahan dengan perbuatan itu lagi, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan.
OCPD Asst Comm Mohd Anuar Othman berkata, polis telah menahan seorang suspek di Kampung Charuk Puting semalam.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama seminggu sehingga 15 Oktober dan kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment