Intipati Bajet 2015 Belanjawan Malaysia adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Intipati Bajet 2015 Belanjawan Malaysia membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Intipati Bajet 2015 Belanjawan Malaysia






Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.


Bajet 2015 bertemakan “Ekonomi Keperluan Rakyat”.


Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.



  • Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

  • RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

  • RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

  • Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

  • Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

  • Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

  • Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

  • Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

  • Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.

  • Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

  • RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

  • Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Intipati Bajet 2015 Belanjawan Malaysia ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.