Gunung berapi Colombia meletus, 500 dipindahkan adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Gunung berapi Colombia meletus, 500 dipindahkan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Gunung berapi Colombia meletus, 500 dipindahkan





Kira-kira 500 penduduk terpaksa dipindahkan dengan jadual penerbangan di empat lapangan terbang ditangguhkan selepas gunung berapi di Nevado del Ruiz memuntahkan lahar dan mengeluarkan api.


Gunung berapi berkenaan dikesan semakin aktif mengeluarkan lahar sejak April dan awal bulan lalu, dan berisiko kepada penduduk yang tinggal di pinggir gunung berkenaan, demikian menurut Agensi Geologikal Colombia, hari ini.


Gunung berapi setinggi 5,321 meter itu mengeluarkan asap dan lahar sehingga ke kawasan padat penduduk di Bandar Manizales di bahagian barat dengan lapangan terbang di bandar itu terpaksa ditutup.


Lapangan terbang lain yang terjejas ialah Pereira, Armenia dan Cartago, yang terpaksa menangguhkan jadual penerbangan di sebelah petang, kata Carlos Silva, timbalan pengarah Agensi Penerbangan Awam Colombia, hari ini.


Letusan terburuk Gunung Berapi Nevado del Ruiz ialah pada 1985 yang menyaksikan keseluruhan pekan kecil Armero ditenggelami lahar dan lumpur dengan 25,000 penduduk dilaporkan terkorban.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Gunung berapi Colombia meletus, 500 dipindahkan ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.