Gambar Suspek Wanita Tikam Pemandu Bas Rapid Penang
Wanita kurang siuman yang menikam pemandu Bas Rapid Penang ditahan polis di tepi jalan Paya Terubong, Georgetown, pagi ini. Suspek ditahan ketika mahu menaiki bas jam 7.30 pagi tadi.
Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menikam mangsa.
Suspek akan direman selama 4 hari bagi membantu siasatan
Semalam, pemandu bas Rapid Penang Aisyamudin Yaacob, 27, tidak sedarkan diri apabila dia ditikam di paha kanan oleh wanita berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak di kawasan berdekatan.
Tikaman itu terkena urat saraf utamanya membuatkan mangsa mengalami pendarahan teruk
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment