Farid Kamil Patah Bahu Jatuh Motor
Aktor dan pengarah popular, Farid Kamil patah tulang bahu akibat terjatuh daripada motosikal mini Kawasaki KSR 110 yang ditungganginya pada Sabtu lalu.
Berita ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo, yang memberitahu tidak berkesempatan untuk melawat artis naungan syarikatnya itu, sebaliknya mendapat maklumat keadaan Farid dilaporkan stabil.
“Saya dimaklumkan, Farid jatuh daripada motosikal ketika menunggang di sebuah litar di Subang Jaya. Akibat kemalangan yang berlaku, Farid mengalami patah pada bahagian bahu dan dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
David Teo turut memberitahu aktiviti menunggang motosikal mini adalah sebahagian daripada hobi Farid.
Sementara itu, seorang teman Farid, Pablo, memberitahu dalam satu panggilan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan semalam bahawa suami kepada aktres Diana Danielle itu berada dalam bilik pembedahan bagi membetulkan tulang bahunya dan keadaannya dikatakan stabil.
Malah aktor berusia 32 tahun itu telah berpesan agar tidak memberi kenyataan lanjut tentang keadaan dirinya.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment