Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Rompin adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Rompin membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Rompin






Enam sekeluarga yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 142 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih di Rompin malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, enam sekeluarga terbabit yang menaiki kereta Perodua Alza dari arah Segamat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas Mara Liner dan Perodua Myvi.


Setakat ini tiga daripada enam mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Azhar Md. Ali, 43; Siti Habibah Kasbon, 43, dan Zaleha Johar, 44.


Dua lagi mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan masih belum diketahui identitinya.


Difahamkan, pemandu bas Mara Liner cedera parah termasuk di bahagian matanya akibat tertusuk kaca.


Semua penumpang bas berkenaan dan penumpang Perodua Myvi pula tidak mengalami kecederaan.








UPDATE: Identiti tiga daripada enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah di sini malam tadi, sudah dikenal pasti.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mereka terdiri daripada tiga beradik iaitu Mohd Wazin Azhar, 20, Ain Nadiah, 13, dan Ain Najihah, 2.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Rompin ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.