DBKL Mengamuk Lagi, Rampas Motosikal Penjual Aiskrim!
Orang ramai sekali lagi terkejut dan tergaman dengan tindakan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang masih mengamalkan sikap tidak ‘bertimbang rasa’ terhadap para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar ibu negara mutakhir ini. Kejadian terbaru juga berlaku di Taman Tasik Permaisuri petang semalam.
Difahamkan kejadian terbaru ini melibatkan seorang peniaga aiskrim yang sedang melalui kawasan itu. Beliau katanya sedang menunggang motosikal EX5 dan telah ditahan oleh seorang lelaki berpakaian biasa. Sangkaan peniaga terbabit, lelaki berkenaan mahu membeli aiskrim maka beliau memberhentikan motosikalnya.
Sungguh mengejutkan, rupan-rupanya yang menahan itu adalah Penguatkuasa DBKL yang berpakaian preman. Motosikal dan kelengkapan aiskrimnya telah ditahan dan sejam kemudian tiba pula penguatkuasa yang lengkap berunifrom ke lokasi. Mereka menyita motosikal peniaga tersebut dan beberapa lagi yang lain. Kejadian itu sempat dirakamkan oleh saksi yang berada di lokasi berkenaan.
Persoalannya, apakah wajar penguatkuasa DBKL menyamar dengan berpakaian preman dan apakah tindakan ini mengikut SOP?. Inilah yang memusykilkan semua pihak sekarang. Nampkaknya, mereka yang memakai baju penguatkuasa PBT kini semakin bertindak di luar batasan. Semoga isu sebegini dapat dibawa kepada pihak atasan untuk diambil tindakan sewajarnya.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment