Cerita Sebenar Bangla Dihalau ‘Pak Haji’ Di Majlis Korban adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Cerita Sebenar Bangla Dihalau ‘Pak Haji’ Di Majlis Korban membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Cerita Sebenar Bangla Dihalau ‘Pak Haji’ Di Majlis Korban





Semalam, kecoh di laman sosial Twitter berkenaan kes beberapa lelaki warga Bangladesh didakwa dihalau daripada menyaksikan satu majlis sembelihan korban anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.


Kekecohan timbul apabila pengguna twitter dengan nama @iloveyouIPOH memuatnaik gambar lima lelaki Bangla yang berdiri ketika menyaksikan majlis korban berkenaan.


“Dihalau sehingga hilang kelibat, dihalau oleh seorang yang bergelar haji hanya kerana mahu melihat lembu disembelih,” kata tweet itu merujuk kepada kumpulan berkenaan.



Majlis korban itu diadakan di pangsapuri Jalan Hospital di Ipoh semalam melibatkan 21 ekor lembu yang dikorbankan.


Pemilik twitter itu terus memaki hamun penganjur majlis yang dikatakan begitu kedekut dengan tidak mahu memberikan daging korban kepada kumpulan lelaki Bangla berkenaan.


Berikutan insiden itu, Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsudin Ghafar mengakui memang ada beberapa orang lelaki Bangladesh datang melihat majlis itu namun menafikan mereka dihalau.



Selepas mendapat jawapan dari Shamsudin, pengguna Twitter itu bertindak meminta maaf tetapi menegaskan bahawa tidak bersalah dalam isu itu.



Ia susulan perbuatannya mengutuk penganjur majlis berkenaan dikecam di laman sosial oleh mereka yang berada di tempat kejadian kerana lelaki-lelaki itu tidak pun dihalau oleh penganjur.


Ramai saksi mengesahkan kejadian itu tidak berlaku dan apa yang tersebar adalah fitnah.




Permintaan maaf itu juga dikecam hebat di twitter kerana pengguna itu dilihat tidak peka dan masih enggan mengaku salah walaupun jelas menyebarkan fitnah berkenaan UMNO Bahagian Ipoh Barat .





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Cerita Sebenar Bangla Dihalau ‘Pak Haji’ Di Majlis Korban ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.