BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 Naik RM950
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan. Bantuan tersebut akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar pada September 2015.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula, nilai BR1M dinaikan daripada RM450 kepada RM750. Bantuan tersebut akan dibayar juga sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM200 ringgit pada Januari dan Mei, manakala selebihnya pada September 2015.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M kepada RM350 berbanding RM300 sebelum ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment