Berita Palsu Gandar Belakang Kereta Perodua Mudah Tercabut
Menerusi laman sosial beberapa hari yang lepas, beberapa keping foto telah disebar secara viral yang menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.
Menurut CEO Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.
Dalam beberapa posting Facebook sebelum ini, seorang pengguna mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah.
Bagaimanapun Aminar Rashid menejlaskan komitmen Perodua terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.
Akhir sekali Aminar Rashid yang juga Presiden Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan mereka selama ini.
Katanya, Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment