Bekas Kekasih Dedahkan Siapa Nad Zainal Sebenarnya. adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Bekas Kekasih Dedahkan Siapa Nad Zainal Sebenarnya. membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Bekas Kekasih Dedahkan Siapa Nad Zainal Sebenarnya.





Pelakon Hefny Sahad akhirnya mendedahkan Nad Zainal merupakan cinta pertamanya sejak dia berkecimpung dalam industri hiburan tempatan sejak dua tahun lalu sehinggalah hubungan mereka putus.


Hefny, 27, bagaimanapun terpaksa akur percintaan mereka tidak dapat diteruskan selepas berlakunya satu perselisihan faham diantara mereka kira-kira dua bulan lalu.


“Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami.


“Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan,” katanya.


Terdahulu, Nad, 24, dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee dekat sini pada Ogos lalu.


Kejadian yang berlaku dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.


Pergaduhan kecil yang berlaku terhadap pasangan itu memaksa mereka memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.


Sementara itu, Hefny akhirnya mengakui, keretakan hubungan mereka berkait dengan perselisihan faham yang berlaku di lokasi tersebut.


Memang betul ketika di lokasi Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya.


“Dan saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu lain memandangkan saya sedang bekerja. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu.” ujarnya.


Sementara itu, Hefny berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya dia dan Nad digandingkan bersama dalam sesebuah projek lakonan. Namun, dia akan menolak jika diminta untuk bergambar bersama aktres itu.


“Jangan salah faham pula. Memang sebelum ini pun sebarang permintaan media yang ingin menggandingkan kami dalam sebuah fotografi, kami tolak cara baik. Jadi sampailah sekarang, saya masih berpendirian begitu.


“Saya tidak mahu nanti orang kata saya nak tumpang populariti dia pula,” tuturnya.


Dalam pada itu Nad yang selama ini menafikan hubungan itu tidak lagi menyimpan gambar-gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya yang mengukuhkan lagi hubungan berkenaan sudah hancur.



This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Bekas Kekasih Dedahkan Siapa Nad Zainal Sebenarnya. ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.