Bajet 2015: Pendapatan Isi Rumah RM5,000 Layak Dapat BR1M adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Bajet 2015: Pendapatan Isi Rumah RM5,000 Layak Dapat BR1M membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Bajet 2015: Pendapatan Isi Rumah RM5,000 Layak Dapat BR1M





Kerajaan dijangka menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000 pada Bajet 2015 pada Jumaat ini.


Semasa agihan BR1M 2014, syarat kelayakan isi rumah adalah mereka yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000.


Difahamkan cadangan ini masih dalam peringkat terakhir dibincangkan sebelum pembentangan Bajet 2015.


Peningkatan BR1M kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000 itu bakal menyaksikan agihan bantuan itu lebih besar, dijangka melebihi RM3 bilion.


Pada tahun ini, lebih enam juta rakyat Malaysia menerima bantuan itu dengan peruntukan lebih RM3 bilion berbanding RM2.9 bilion pada 2013 dan RM2.09 bilion semasa BR1M diperkenalkan pada tahun 2012.



Jumlah BR1M kepada isi rumah meningkat kepada RM950 bagi RM3,000 ke bawah, RM750 pendapatan sehingga RM4,000 dan bujang RM600.


Kenaikan jumlah BR1M itu termasuk bantuan khas sebanyak RM300 pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


MalaysiaGazette dimaklumkan pendapatan isi rumah bagi penerima BR1M dinaikkan bagi membantu rakyat terutama golongan pertengahan rendah menangani kenaikan kos barangan dan perkhidmatan akibat pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada minggu lalu.


Selain itu, kerajaan juga mengambil kira kesan jangka panjang pelaksanaan GST yang bakal berkuatkuasa 1 April tahun depan.


Pelaksanaan GST dijangka menyaksikan kesan kenaikan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.





This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Bajet 2015: Pendapatan Isi Rumah RM5,000 Layak Dapat BR1M ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.