Anak Gadis Lari Rumah Gara-Gara Telefon Bimbit Kena Rampas
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun melarikan diri dari rumahnya kerana salah faham terhadap sebuah telefon bimbit.
Bapanya, Khor Ooi Seen,48, tidak dapat menahan kesedihan ketika sidang akhbar yang diadakan bagi mencari anaknya yang melarikan diri itu.
Ooi Seen yang bertugas sebagai pembantu dapur menangis ketika ketua Skuad Bantuan Bencana MCA (CRSM) Alor Setar, Daniel Tan membaca surat yang ditulis Yi Qian (gambar) sebelum melarikan diri pada 30 September lalu.
Remaja tersebut meminta maaf kerana melarikan diri, namun dia kecewa dengan keluarganya yang tidak memberi peluang kepada dirinya.
Yi Qian juga memberitahu bapanya bahawa dia akan pergi ke’ satu tempat yang jauh’ dan meminta keluarga agar tidak mengganggu kawan baiknya sepanjang kehilangannya itu.
Sambil mengesat air mata, Ooi Seen lebih banyak mendiamkan diri pada sidang media tersebut yang diadakan di Pekan China pada Sabtu.
Isterinya, N.Sithara Dewi,46, berkata, anaknya itu yang belajar di Tingakatan Empat mungkin melarikan diri selepas menganggap keluarga tidak mengendah untuk mengambil balik telefon bimbitnya yang dirampas oleh pihak sekolah pada 25 September.
Sithara berkata, dia telah pergi ke sekolah pada 28 dan 30 September untuk cuba dapatkan kembali telefon tersebut.
“Namun guru besar tidak ada di sekolah pada dua tarikh itu,” katanya sambil menambah anak perempuannya itu menunggu seseorang sekitar pukul 7 malam di rumahnya di Taman Bahagia sebelum melarikan diri.
“Dia keluar menerusi pintu belakang selepas memeluk dan mengambil duit RM50 dengan kakaknya.
“Kami mendapati bajunya hilang dan sekeping surat untuk bapanya,” tambah Sithara.
Mereka membuat laporan polis pada Khamis lalu.
Yi Qian merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik tidak menghubungi keluarga sejak hari itu.
Bapanya percaya, remaja ini masih berada di sekitar negeri ini.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai remaja perempuan ini boleh menghubungi polis atau talian CRSM di 010-565 2011/2012/2013/2014.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment