Akaun Fazura Digodam, Muatnaik Cerita Lucah
Terkini, akaun Facebook pelakon jelita, Fazura telah menjadi mangsa ‘hackers’. Namun, apa yang memalukan, akaun Facebook yang telah digodam itu telah berkongsi cerita-cerita lucah yang sekaligus memburukkan nama Fazura.
Apabila kami lihat akaun tersebut, sememangnya nampak ianya tidak dikendalikan oleh Fazura atau pihak yang dipertanggungjawabkan Fazura.
Perkara itu akhirnya disahkan sendiri oleh Fazura menerusi laman Instagramnya semalam yang menyatakan bahawa ia telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Harapnya laman itu akan diturunkan oleh Facebook selepas kita ramai-ramai buat ‘report’ ia adalah akaun palsu. Fazura pasti pening kepala memikirkan perkara ini kan?
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment