7 TIPS HADAPI HARGA MINYAK NAIK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 7 TIPS HADAPI HARGA MINYAK NAIK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





7 TIPS HADAPI HARGA MINYAK NAIK







Semalam baru sahaja diumumkan harga minyak naik 20sen bagi Ron 95. Melihatkan trend yang asyik menaik, adakah kemungkinan untuk ia semakin turun? Kesan domino harga minyak akan dirasai kelak apabila harga barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah juga akan meningkat naik.



Untuk bersiap sedia dan demi kelansungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.





Berikut adalah 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik:





1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan



Dari catatan ini, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.





2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu


Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah – rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar dan majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.





3. Tambahkan pendapatan



Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan menjual secara dropship, menjadi affiliate, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju – pilihan di tangan anda!





4. Mula menabung



Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.





5. Melabur untuk pendapatan pasif



Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.





6. Tambah ilmu




Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!



7. Bertindak


Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.



Beri masa 7 tahun, anda akan nampak perbezaannya.



Kami doakan anda berjaya. - Emas & Tanah




7 TIPS HADAPI HARGA MINYAK NAIK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.