13 Soalan ‘Bocor’ Temuduga Penguasa Kastam W41 SPA
Tahniah kepada semua calon yang berjaya dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Penguasa Kastam gred W41 nanti.
Semakan temuduga boleh dibuat di Semakan Keputusan Temuduga Penguasa Kastam W41 Online.
Untuk info, tarikh temuduga Peguasa Kastam W41 dijangka pada 8 Oktober 2014. Walau bagaimanapun, ianya masih tertakluk kepada perubahan dan keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Justeru, calon dinasihatkan untuk menyemak penjadualan temuduga di portal rasmi SPA.
13 Soalan ‘Bocor’ Temuduga Penguasa Kastam W41 SPA
Sebenarnya, tiada istilah soalan bocor dalam temuduga penguasa kastam kerana setiap calon akan ditanya soalan yang berbeza daripada panel penemuduga. Bagaimanpun, daripada pengalaman calon-calon yang lepas ada beberapa soalan popular yang sering ditanya dalam setiap temuduga kastam.
- Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.
- Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.
- Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.
- Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.
- Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat kaitkan dengan kastam.
- Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.
- Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.
- Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.
- Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.
- Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.
- Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.
- Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.
- Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas
Ok, sekian tips dan panduan temuduga penguasa kastam kali ini. Admin berharap semoga calon-calon yang menjalani sesi temuduga ini mendapat manfaat dan beroleh kejayaan yang diimpikan. Aamiin.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment