Video Kes Buli Di Kem PLKN Cenderawasih, Terengganu
Sebuah rakaman video memaparkan aksi sekumpulan pelatih PLKN membelasah rakan mereka telah tersebar secara viral di laman sosial sejak semalam.
Rakaman asal insiden tersebut dipercayai dimuat naik menerusi laman Youtube pada 6 Mac 2014 lalu.
Laporan awal mendapati punca kes buli tersebut dipercayai akibat salah faham di mana mangsa telah dituduh mencuri duit rakan di kem PLKN terbabit.
Bagaimanapun, rakaman insiden itu telah mendapat kecaman di laman sosial dan orang ramai mengutuk tindakan sekumpulan pelatih PLKN berkenaan.
Update Terkini 9 September 2014: Pihak Kem PLKN Cenderawasih mengesahkan bahawa video rakaman pergaduhan tersebut berlaku pada tahun lalu. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan JLKN pada 9 September 2014. Bagaimanapun pihak JLKN sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani insiden terbabit.
Video Kes Buli Di Kem PLKN Cenderawasih, Terengganu
To see the full content, share this page by clicking one of the buttons below
REVEAL CONTENT WITH LIKE
REVEAL CONTENT WITH SHARE
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment