Tweet Palsu Kertas English UPSR 2014 Juga Ditangguh
Semua kertas Bahasa Inggeris dan Ujian Aptitud Tahun Enam UPSR pada 11 September berjalan seperti dijadualkan.
Kementerian Pendikan Malaysia memberikan pengesahan tersebut selepas tersebarnya tweet palsu yang mengatakan Kertas Bahasa Inggeris ditangguhkan kerana didapati bocor.
“Pihak Lembaga Peperiksaan dan KPM tidak pernah mengeluarkan berita tersebut,” kata KPM dalam satu kenyataan ringkas di Facebook dan Twitter.
Sebelum ini, Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment