Permohonan Kemasukan IKBN Sesi Januari 2015 Online
Menerusi portal rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan pada 17 September 2014, mempelawa calon lepasan SPM untuk untuk menyambung pengajian di IKBN seluruh negara.
Permohonan onilne kemasukan ke IKBN akan dibuka secara rasmi pada 24 September 2014 (Rabu) sehingga 31 Oktober 2014 (Jumaat).
Berikut adalah cara permohonan secara online IKBN bagi sesi pengambilan Januari 2015.
Senarai Program Di Institut Kemahiran Belia Negara IKBN 2015
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1. Sijil Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta) = SKM 1 – 2
2. Sijil Teknologi Automotif (Semburan Cat) = SKM 1 – 2
3. Diploma Teknologi Awam (Pengurus Binaan Awam & Struktur) = DKM 1 – 4
4. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina) = SKM 1 – 3
5. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Landskap Pembinaan) = SKM 1 – 3
6. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuat Perabot & Hiasan Dalaman) = SKM 1 – 3
7. Sijil Teknologi Awam (Pengendalian Kren Menara)
8. Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
1. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Penyelia Awam & Struktur) = SKM 3
2. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Scaffolding-Tubular) = SKM 3
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
Kemudahan
- Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
- Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
- Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Permohonan Online IKBN 2015 Sesi Januari
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN 2015 .
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Julai 2015 akan dibuka mulai 24 September 2014 dan ditutup pada 31 Oktober 2014.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment