Man City mohon maaf kepada Ferguson
Manchester City hari ini memohon maaf kepada Alex Ferguson berikutan tindakan Carlos Tevez mempamerkan kad yang mengejek pengurus Manchester United itu ketika perarakan trofi meraikan kemenangan mereka, Ahad lalu.
Tevez mengangkat tinggi kad yang tertera tulisan “R.I.P. Fergie” dalam bas tidak berbumbung yang dinaiki pasukan berkenaan ketika melalui laluan yang disambut lebih 1000,000 penyokong City.
Tevez meninggalkan United untuk ke Manchester City pada 2009 selepas dikatakan tidak gembira dengan prestasinya di bawah bimbingan Ferguson.
City dalam satu kenyataan berkata, “perkataan yang diberi itu satu rekaan berbentuk celaan yang tidak boleh diterima, Carlos melakukan kesilapan yang nyata.”.
City menambah pihaknya ingin memohon maaf kepada Ferguson dan Kelab Bola Sepak Manchester United terhadap kesilapan itu serta kesan yang dihadapi.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment