LUAHAN HATI ANAK KAPTEN MH17 adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LUAHAN HATI ANAK KAPTEN MH17 membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LUAHAN HATI ANAK KAPTEN MH17









SEREMBAN – Pasangan adik-beradik Melvic dan Scott Choo yang kehilangan bapa tersayang, Kapten Eugene Choo Jin Leong dalam tragedi MH17 tidak akan patah semangat meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi juruterbang.



Melvic, yang merupakan pelajar di Institusi St Paul, di sini, berkata dia bercita-cita untuk menerbangkan pesawat komersil seperti bapanya, yang telah berkhidmat bersama MAS selama 24 tahun sehingga kejadian 17 Julai.



“Papa tahu Scott dan saya bercita-cita untuk menjadi juruterbang sepertinya dan dia sentiasa menggalakkan kami,” kata pelajar berusia 13 tahun ini ketika ditemui di kediaman mereka di Sri Carcosa, dekat sini.



Scott, murid di SJKC Pei Hua, berkata bapanya akan membawa mereka adik-beradik untuk acara-acara motocross di Lukut, Port Dickson.



“Melvic sudah memiliki motosikal Kawasaki motocross sendiri,” katanya yang berusia 11 tahun.

“Papa juga sudah mula memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai motocross dan saya berharap untuk menjadi pelumba yang baik sepertinya suatu hari nanti.”



Ketika ditanya apakah kata-kata terakhir antara dia dan bapanya, Scott berkata ia berlaku pada hari Eugene berlepas ke Amsterdam.



“Saya sedang tuisyen di rumah,” katanya.



“Saya berlari kepadanya dan bertanya adakah dia berkerja. Dia tersenyum dan memberitahu saya dia terpaksa pergi kerja supaya kami memperoleh kehidupan yang baik.”



Ivy Loi, 42, berkata kata-kata terakhirnya dengan suaminya adalah beberapa minit sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.



“Dia menghantar mesej teks memberitahu dia cuba untuk menuntut VAT (cukai nilai tambah) untuk sesuatu yang telah dibelinya untuk saya di lapangan terbang dan memberitahu bahawa pegawai di sana sama sekali tidak membantu,” katanya.



Loi, bekas pramugari syarikat penerbangan itu berkata dia meletak jawatan beberapa tahun selepas berkahwin pada tahun 1997 supaya dia boleh menjaga anak-anak.



“Saya mendapat berita tragedi itu daripada isteri juruterbang yang lain,” katanya. Loi telah membuat keputusan untuk memberi lima buah motosikal suaminya kepada kawan-kawannya.



Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong kerana menyelaraskan pembakaran mayat Eugene di Amsterdam, lapor mStar.




LUAHAN HATI ANAK KAPTEN MH17 ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.