LORI DIBAKAR GARA-GARA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LORI DIBAKAR GARA-GARA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LORI DIBAKAR GARA-GARA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN




Shah Alam: Tindakan seorang pemandu lori meninggalkan kenderaan beratnya selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan kematian seorang remaja perempuan dalam kejadian di Pandamaran, Klang membawa padah apabila lori berkenaan dibakar pihak tertentu.



Terdahulu, dalam kejadian jam 9.20 malam kelmarin, seorang pelajar sebuah sekolah menengah maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar lori berkenaan di persimpangan Jalan Kota Pendamar, Klang.



Mangsa Nur Ain Mohd Ali, 14, yang membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang rakannya Nurul Hidayah Zaidi, 14, dalam perjalanan dari Kota Pendamar menuju rumah mereka di Pandamaran sebelum terbabit dalam kemalangan itu menyebabkannya terbunuh.



Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, lampu isyarat ke arah Pandamaran di simpang berkenaan rosak menyebabkan mangsa dan rakannya meneruskan perjalanan.







“Remaja berkenaan dikatakan meneruskan perjalanan berikutan lampu isyarat menghala ke Pandamaran tidak berfungsi sebelum dilanggar lori dari arah Telok Gong menghala Klang ketika lampu isyarat laluannya hijau.



“Pemandu lori yang menyedari insiden itu kemudian bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, dia dimaklumkan lori dipandunya itu dibakar,” katanya.




LORI DIBAKAR GARA-GARA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.