LELAKI NEKAD CEROBOH TANDAS WANITA, CABUL KEHORMATAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LELAKI NEKAD CEROBOH TANDAS WANITA, CABUL KEHORMATAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LELAKI NEKAD CEROBOH TANDAS WANITA, CABUL KEHORMATAN







Kuala Lumpur – Gara-gara menceroboh tandas wanita sebelum mencabul remaja perempuan, seorang penjaga stor dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.



Majistret Saifulakmar Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Arizul Salleh, 27, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.



Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, iaitu 10 September lalu.



Mengikut pertuduhan, Arizul didakwa dengan maksud hendak mencabul kehormatan remaja yang berusia 18 tahun itu di dalam tandas wanita tingkat 1, Pearl Point, di sini, jam 10.30 malam, Rabu lalu.



Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan.



Terdahulu, pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal.



Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar diberikan hukuman denda atas alasan menanggung dua orang anak serta mempunyai pendapatan rendah iaitu RM1,300. Berdasarkan fakta kes, tertuduh menolak dan menutup mulut mangsa ketika mangsa keluar dari tandas.



Lelaki berkenaan mencabul kehormatan remaja itu sebelum jeritannya didengari orang awam. Tertuduh ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada polis, lapor Hmetro.




LELAKI NEKAD CEROBOH TANDAS WANITA, CABUL KEHORMATAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.