"HIDUP LEBIH TENANG TANPA ALVIN" - VIVIAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya "HIDUP LEBIH TENANG TANPA ALVIN" - VIVIAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





"HIDUP LEBIH TENANG TANPA ALVIN" - VIVIAN







PETALING JAYA – Kehidupan Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger seks Alvin Tan, sebenarnya ‘lebih aman dan tenang’ dalam tempoh tiga bulan sejak lelaki berusia 26 tahun itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS).



“Kami banyak bergaduh. Kebanyakan pergaduhan berpunca daripada perkara-perkara kecil,” kata Vivian, 25.



Vivian, dalam mesej Facebook kepada The Star Online berkata dia kini menganggap hubungan mereka secara rasmi telah terputus sejak kehilangan Alvin yang melarikan diri ke AS.



“Oleh kerana dia sah berada di Amerika Syarikat dan telah terputus semua komunikasi dengan saya, saya anggap kami telah putus secara rasmi. Saya masih rindukan dia sekali-sekala, tetapi saya fikir saya perlu melepaskannya,” kata Vivian.



Katanya, tidak dapat berpisah dengan Alvin dengan cara yang matang dan ‘mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang baik’ adalah salah satu daripada perkara yang dikesali, sambil menambah banyak yang telah dipelajari daripada Alvin yang dianggap ‘seorang lelaki menawan’.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk masa kami bersama, yang baik dan buruk. Saya bersyukur kerana orang ramai lebih berminat dengan dia, yang membolehkan saya meneruskan hidup tanpa perhatian yang amat nyata,” kata Vivian.



Dia berkata fokus semasa Alvin dalam membuat kenyataan politik dan mencabar pihak berkuasa telah membuatkan kerjasamanya dengan lelaki itu sebelum ini dalam blog seks ‘Sumptuous Erotica’ yang tidak lagi berfungsi dan saluran YouTUbe ‘Sexcussions with Alvivi’ ‘seolah-olah tidak penting’.



“Mereka membuatkan nama saya menjadi sebutan sebelum ini, tetapi sekarang saya berpuas hati menjalani kehidupan yang tenang dan mudah,” kata Vivian yang bekerja di sebuah pejabat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.



Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana ‘ucapan Ramadan’ yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas. Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.



Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.



Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California, lapor mStar.




"HIDUP LEBIH TENANG TANPA ALVIN" - VIVIAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.