IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, TANAM MAYAT DI LADANG KELAPA SAWIT adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, TANAM MAYAT DI LADANG KELAPA SAWIT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, TANAM MAYAT DI LADANG KELAPA SAWIT







Bukit Mertajam – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut dipercayai akibat dipukul ibunya ditemui ditanam di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Permatang Tinggi, pagi hari ini. Mayat itu ditemui selepas ibu mangsa serta teman lelakinya dibawa polis bagi menunjukkan lokasi kanak-kanak terbabit ditanam.



Pasangan itu yang diiringi pegawai penyiasat dan anggota forensik serta Unit Anjing Pengesan (K-9) berjaya mengesan dan mengeluarkan mayat kanak-kanak itu dari lokasi dia ditanam. Sebelum penemuan mayat itu, ibu mangsa dikatakan membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya.



Bagaimanapun, polis mula mengesyaki sesuatu ketika menyoal siasat wanita terbabit sehingga dia mengaku memukul mangsa dan secara tidak sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.



Menurut pengakuan wanita itu, dia memukul kanak-kanak terbabit di rumah mereka di Kulim, Kedah. Sementara itu, Ketua Jabatan siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.



Menurut beliau, ibu mangsa dan teman lelakinya sedang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, lapor Hmetro.




IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, TANAM MAYAT DI LADANG KELAPA SAWIT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.