IBU LIMA ANAK DICEKUP HENJUT DALAM KERETA BERSAMA KAKITANGAN KERAJAAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya IBU LIMA ANAK DICEKUP HENJUT DALAM KERETA BERSAMA KAKITANGAN KERAJAAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





IBU LIMA ANAK DICEKUP HENJUT DALAM KERETA BERSAMA KAKITANGAN KERAJAAN





MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin.



Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam.



Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.



“Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam kereta itu.



“Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.



Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.



“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.



Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV.



Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, di sini.



“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya. -SinarHarian




IBU LIMA ANAK DICEKUP HENJUT DALAM KERETA BERSAMA KAKITANGAN KERAJAAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.