HASRAT MURID DUDUKI UPSR TIDAK KESAMPAIAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya HASRAT MURID DUDUKI UPSR TIDAK KESAMPAIAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





HASRAT MURID DUDUKI UPSR TIDAK KESAMPAIAN









KULIM - Hasrat seorang murid untuk menduduki peperiksaan kertas bahasa Inggeris dan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR,) hari ini tidak kesampaian apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kira-kira 11.30 malam kelmarin setelah terlibat dalam kemalangan.



Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada 23 September lalu apabila mangsa, Muhammad Aiman Ishak, 12, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai datang dari arah Batu Putih untuk pulang ke rumahnya di Taman Desa Aman.



Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal sebelum terbabas ke dalam longkang sedalam kira-kira satu meter.



“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.



“Memandangkan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan badan, dia dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila dia meninggal dunia beberapa hari selepas dirawat,” katanya.



Abdullah berkata, polis masih menyiasat kemalangan dan kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.



“Polis akan mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan kerana membenarkan mangsa menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya, lapor Sinar Harian.




HASRAT MURID DUDUKI UPSR TIDAK KESAMPAIAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.