GADIS BERPURDAH MASUK PARTI DAP DIKECAM TERUK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya GADIS BERPURDAH MASUK PARTI DAP DIKECAM TERUK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





GADIS BERPURDAH MASUK PARTI DAP DIKECAM TERUK







Tindakan seorang gadis Melayu berpurdah yang menganggotai DAP seperti dilaporkan baru-baru ini dikecam hebat oleh seorang penulis online yang menganggap lebih mulia menjadi pelacur daripada membabitkan diri dengan parti majoriti Cina itu.



Penulis yang menamakan dirinya ‘KuntaKinte Malaysia’ itu membidas gadis tersebut yang dikenali sebagai Melati kerana mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.



Menulis di bawah tajuk “Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP”, penulis itu berkata bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.



“Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.



“Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah ‘menjual diri’ kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam,” katanya di laman sosial www.mykmu.net.



Melati, atau nama sebenarnya Jamila Rahim, 22, merupakan graduan Unisel dan pernah menghasilkan novel bertajuk “Pelacur Kelas Pertama”.



Tindakannya menyertai DAP mengejutkan orang ramai, tambahan pula dengan penampilannya sebagai seorang gadis berpurdah.



Sambil mendoakan semoga Melati dan gadis lain seangkatan dengannya termasuk bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud diberi hidayah untuk kembali kepada jalan yang lebih baik, KuntaKinte juga menyelar sokongan yang ditunjukkan Pemuda PAS Johor.



Sheikh Omar Ali, ahli Pemuda PAS Johor yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong daripada DAP, menulis di laman portal hari ini menamakan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” (Langkah Melati).



Katanya, langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi contoh anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.



“Ia menjadi signal anak muda generasi Y kini tidak lagi meletakkan sentimen ras sebagai asas untuk mereka menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan tanah air yang lebih adil dan demokratik,” katanya.



KuntaKinte mendakwa reaksi Omar tersebut membuktikan penyertaan anak muda Islam menjadi ahli DAP hanyalah bermotifkan wang.



“Kenyataan dan justifikasi yang cuba diwujudkan oleh Omar hanya mengesahkan teori sejak beribu tahun lalu bahawa harta benda adalah segala-galanya dalam dunia kemanusiaan ini,” katanya.



Beliau turut mempersoalkan yang PAS dahulunya merupakan parti yang bersungguh-sungguh menolak undi bukan Islam meskipun diyakini oleh Umno ia tidak akan mengubah Perlembagaan kerana pemimpinnya masih dipegang kaum Melayu.



“Luar biasanya, mereka yang dulunya menganggap undi bukan Islam sebagai wakil rakyat haram, hari ini menjustifikasikan kemasukan anak muda Islam ke dalam parti pimpinan bukan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja melemahkan Islam di negara ini,” katanya, lapor TMI.




GADIS BERPURDAH MASUK PARTI DAP DIKECAM TERUK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.