Enot - Ya! Saya bohong adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Enot - Ya! Saya bohong membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Enot - Ya! Saya bohong





hi_04.1



PERCAYA atau tidak, ramai yang memberi pandangan serong kepada pelawak dan pelakon Enot apabila dia dituduh meraih simpati orang selama ini.



Modus operandinya? Tak lain tak bukan dengan berpura-pura sakit. Bukan sebarangan penyakit ya. Kanser usus tahap empat khabarnya.



Semuanya muncul apabila gosip itu ditulis di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan (bukan Mingguan Malaysia) yang memberi kiasan bahawa artis yang dimaksudkan adalah Enot.



Biarpun pernah menafikan hal tersebut, Enot bagaimanapun seakan-akan sukar meraih kepercayaan masyarakat apabila semua mata kini memandangnya seolah-olah dia pembohong besar!



hi_04.1



Baru-baru ini Pancaindera mendengar sendiri keluhan dan luahan rasa pelawak ini yang seringkali ditimpa nasib malang.



Menganggap Enot juga wajar diberi ruang untuk hadir dengan penjelasan, berikut adalah yang dapat dikongsikan bersama pembaca.



Bagaimana dengan tahap kesihatan Enot ketika ini?



Nak kata teruk sangat tidaklah. Tapi okeylah sikit berbanding sebelum ini.



Apa komen Enot apabila dituduh berpura-pura sakit kerana malas nak bekerja?



Kadangkala saya rasa nak tergelak pun ada. Macam mana boleh ada orang buat cerita macam ini. Rasa sedih pun ada sebab tak habis-habis orang nak buat cerita pasal saya. Dituduh menipu sakit pula itu.



Apa masalah mereka ini sampai nak buat cerita saya bohong sakit? Adakah kerana saya ini banyak menyusahkan orang? Saya sakit selama ini pun tak pernah minta bantuan orang. Apatah lagi nak jaja cerita meraih simpati orang.



Adakah isu begini memalukan atau menjatuhkan maruah Enot?



Tentulah saya rasa malu. Apa pandangan orang kepada saya? Sedangkan saya memang sakit dan bukannya berpura-pura. Saya terlantar sakit di rumah pun orang tak tahu. Saya buat kerja juga orang tak tahu. Orang nak tengok saya macam mana? Saya hairan apabila ada yang mempertikai saya sakit.



Inilah sebabnya kenapa dari dulu saya memang tak cakap yang saya sakit sehinggalah ada yang mendapat tahu berita saya sakit. Saya tak nak beritahu sebab saya tak mahu orang fikir saya nak raih simpati, nak minta bantuan, nak minta duit.



Saya rela berusaha kerja keras sendiri sebab tak nak susahkan orang. Tengok sekarang? Apabila saya mengaku memang saya sakit boleh pula dituduh bohong. Katanya sebab saya nak cari publisiti. Apa benda ini?



Difahamkan Enot ada sumber pendapatan lain selain berlakon. Jadi sekarang bagaimana?



Saya berniaga kecil-kecilan. Apa sahaja yang boleh mendatangkan duit, saya buat. Tak percaya, datang rumah saya dan tengok apa yang saya buat. Saya buat kek, saya menjahit, saya buat barangan cenderamata, saya buat nasi lemak, meniaga makanan kecil-kecilan.



Pokoknya apa saja… sebab saya tahu tak ada orang nak bagi kita duit sedebuk macam itu saja. Sakit atau tak, saya buat semua itu sebab nak sara diri dan anak-anak. Walaupun sakit saya masih ada harga diri untuk tidak mudah meminta bantuan dengan orang.



Saya masih boleh bekerja. Tak cuma tunggu nak berlakon saja. Saya usaha cari pendapatan lain. Merata-rata saya pergi, saya buat macam itu. Bawa sekali barang nak berniaga. Ais krim, nasi lemak bungkus, air, semuanya saya sumbat dalam bonet kereta dan jual. Balik kampung pun saya buat macam itu. Anak-anak pergi sekolah pun tolong menjual. Siapa nak bagi duit senang-senang.



Adakah tertekan apabila persepsi ini bagaikan sudah melekat kepada Enot?



Inilah masalahnya. Saya tak faham mentaliti masyarakat kita. Nak saya sakit bagaimana? Terlantar di hospital berhari-hari, mulut berbuih, mata terpejam dulu baru nak kata ‘ohh…betullah Enot sakit’.



Saya akui saya memang tak suka pergi hospital. Paling lama pun saya boleh duduk di hospital sehari. Memang perangai saya begitu. Jadi agaknyalah apabila orang tengok saya boleh berjalan ke sana kemari, buat kerja, gelak-gelak dan tak duduk di hospital maka saya dituduh berbohong.



Ya! saya bohong, bohong apabila berdepan dengan orang saya gelak, saya senyum, saya kata saya okey. Sedangkan muka saya pucat, saya tahan sakit di dalam. Takkanlah depan orang saya nak buat muka sakit. Saya ini pelawak. Saya nak orang ceria. Saya tak nak orang tengok saya dengan pandangan simpati dan rasa kasihan. Saya nak tunjuk saya kuat.



Tapi sampai bila nak begitu?



Ini yang saya pegang dari dulu. Saya memang tak suka orang tengok saya dalam kesakitan. Bayangkan semasa saya masuk hosiptal dulu, orang minta saya gambar masa saya sakit. Memang kenalah dengan saya. Apa mereka ingat, saya ini sakit main-main sampai boleh ambil gambar segala bagai? Rasionallah sikit. Hal macam ini pun boleh dibuat remeh.



Apa perasaan Enot apabila sihat pun orang dengki, sakit pun orang dengki?



Kalau boleh saya nak buang rasa tertekan itu jauh-jauh. Sebab tekanan adalah ‘kawan baik’ kepada penyakit kanser. Kita kena lawan penyakit ini. Sebab itulah masa keluar cerita itu di akhbar terbabit, saya tak baca. Orang lain yang sampaikan. Saya tak boleh tertekan. Kalau boleh saya mahu terus bekerja tanpa menyusahkan orang dan mengharapkan bantuan orang. Saya bukan pemalas!–Utusan



sumber



Enot - Ya! Saya bohong ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.