BOM MELETUP BAWAH KERETA adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya BOM MELETUP BAWAH KERETA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
PETALING JAYA - Seorang wanita hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup ketika kereta yang dipandunya melalui jalan berhampiran rumahnya di Kampung Baru Subang di sini, hari ini.
Chong May Lun, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 6.45 pagi, tidak menyangka bunyi kuat itu adalah letupan sebutir bom tangan.
“Saya bernasib baik kerana bom itu tidak meletup di tangki minyak dan di bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang.
Chong berkata bom itu diletakkan di bawah sebuah bongkah batu di jalan berkenaan.
Menurutnya jalan berkenaan terletak hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya, dan mendakwa bom itu disengajakan diletakkan di situ.
“Saya tolong kakak usahakan perniagaan kedai makan…mungkin ada unsur dengki dalam perniagaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan Letupan dan Kakisan.
“Kita sedang mengenal pasti model bom yang digunakan dan punca kejadian,” katanya.
BOM MELETUP BAWAH KERETA

BOM MELETUP BAWAH KERETA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment