Berita Terkini Pesawat MH198 Terbakar 14 September 2014
Penerbangan MH198 dari KLIA ke Hyderabad, India terpaksa berpatah balik selepas pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal dan bahan api terbakar ketika berlepas.
Flightradar24 mengesahkan pesawat MAS itu telah turut mendarat cemas setelah bahan api terbakar ketika berlepas dari KLIA.
Untuk info terkini, pesawat MH198 yang berlepas pada pukul 10.20 malam (13 September 2014) dari KLIA-Hyderadan telah selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA Sepang pada pukul 2.01 pagi waktu Malaysia. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden tersebut.
Update Terkini: Pesawat MAS MH198 selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.01 pagi 14 September 2014
Gambar Radar MH198 Selamat Mendarat Cemas Di KLIA
Menerusi info applikasi penjejak traffik udara Flightradar24, MH198 telah berpatah balik dan kini selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment