WARTAWAN MENYAMAR PEMINTA DERMA PALESTIN SELAMA 30 MINIT DAPAT RM150 DI JALAN TAR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya WARTAWAN MENYAMAR PEMINTA DERMA PALESTIN SELAMA 30 MINIT DAPAT RM150 DI JALAN TAR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





WARTAWAN MENYAMAR PEMINTA DERMA PALESTIN SELAMA 30 MINIT DAPAT RM150 DI JALAN TAR






Atas nama tanggungjawab untuk menyiasat kegiatan mengutip derma di Malaysia, seorang wartawan di laman berita Malaysian Digest telah pergi sendiri menyamar sebagai peminta derma untuk mengalami sendiri bagaimana pemurahnya rakyat kita tanpa usul periksa.



Wartawan tersebut telah memilih lokasi strategik Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sekitar Masjid Jamek dengan berbekalkan sebuah tabung yang disaluti poster kanak-kanak palestin untuk meraih simpati orang ramai untuk menderma.



Dalam masa satu jam sahaja, beliau berjaya mengutip RM150 daripada mereka yang lalu lalang — tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya memeriksa aktiviti mengutip derma ini.






Dalam kira kira ringkas yang beliau tampilkan bersama artikel, selama 30 minit beliau menyamar sebagai peminta derma sebanyak RM150 telah berjaya dikutip dan secara kasar jika peminta derma lain (sama ada sah atau pun sindiket) berdiri disitu selama 8 jam sehari, mereka mampu memperoleh RM2,400 sehari atau RM72,000 sebulan.






Dan itu hanya seorang peminta derma, jika ianya sindiket yang dibantu oleh peminta derma dengan bilangan puluhan orang. Berapa pula jumlah yang berjaya dikutip dari simpati orang ramai.



Persoalan yang lebih penting, adakah jumlah yang yang banyak itu sampai ke tangan yang benar benar memerlukan? - ROTIKAYA




WARTAWAN MENYAMAR PEMINTA DERMA PALESTIN SELAMA 30 MINIT DAPAT RM150 DI JALAN TAR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.