UPDATE: PASANGAN SEPARUH BOGEL DI IPOH BAKAL DIKENAKAN DENDA RM100 SAHAJA adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: PASANGAN SEPARUH BOGEL DI IPOH BAKAL DIKENAKAN DENDA RM100 SAHAJA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: PASANGAN SEPARUH BOGEL DI IPOH BAKAL DIKENAKAN DENDA RM100 SAHAJA








Ekoran dari gambar pasangan separuh b0gel dalam sesi photoshoot di Ipoh tersebar, polis Perak mengesahkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan itu di atas kelakuan yang disifatkan tidak bermoral dan berakhlak.



Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan mereka akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.



Walau bagaimanapun, menurut seorang pengamal undang-undang, sekiranya pasangan tersebut disabitkan bersalah, mereka hanya akan dikenakan denda RM100 sahaja.



Dipetik dari portal Suara.tv,



“Kalau ikut undang-undang, pasangan tersebut sekiranya disabitkan dengan kesalahan hanya akan di denda sebanyak RM100.00.



“Pada saya pasangan tersebut sepatutnya disiasat di bawah Akta yang lain, kerana tindakan mereka semalam seperti ingin bermain dengan undang-undang” katanya.



Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), Seksyen 14 – Kelakuan Aib, sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.



Namun, menurut seorang peguam yang enggan didedahkan namanya, tindakan pasangan cina itu juga boleh dilabelkan sebagai menganggu ketenteraman awam kerana tindakan tidak senonoh mereka.



Menurut beliau lagi mungkin ada di kalangan mereka (masyarakat bukan Islam) yang enggan mengakui hakikat itu, tetapi mereka sepatutnya menghormati masyarakat Islam dan Melayu yang merupakan kelompok terbesar di negara ini.



Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukan, barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.




UPDATE: PASANGAN SEPARUH BOGEL DI IPOH BAKAL DIKENAKAN DENDA RM100 SAHAJA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.