UPDATE: HSBC NAFI LAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: HSBC NAFI LAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: HSBC NAFI LAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM









BACA: UMAT ISLAM DIGESA BEKUKAN AKAUN DENGAN HSBC



HSBC menafikan tindakannya menutup beberapa akaun pelanggannya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam adalah satu bentuk diskriminasi.



HSBC dalam satu kenyataan melalui HSBC Bank Malaysia Bhd semalam berkata, keputusan menghentikan hubungan dengan pelanggan bank itu tidak diambil ringan dan sama sekali tidak berdasarkan bangsa atau agama pelanggan.



"Diskriminasi terhadap pelanggan berasaskan bangsa atau agama adalah tidak bermoral, tidak boleh diterima dan tidak dibenarkan dari segi undang-undang," menurut kenyataan itu.



HSBC berkata, bank itu mempunyai peraturan dan dasar menyeluruh yang diguna pakai untuk memastikan keputusan perbankan tidak dibuat berdasarkan faktor bangsa atau agama.



HSBC bagaimanapun enggan mengulas berhubung akaun tiga NGO Islam di United Kingdom (UK) yang akan ditutup itu.



Namun menurut HSBC, bank itu didenda sebanyak AS$1.9 bilion (RM6 bilion) pada Disember 2012 oleh pihak berkuasa UK dan Amerika Syarikat serta perlu menandatangani perjanjian pendakwaan tertangguh.



"(HSBC) menjalankan program penilaian strategik dalam semua perniagaannya. Berdasarkan penilaian berterusan ini, kami telah menamatkan hubungan dengan pelanggan individu dan perniagaan di lebih 70 negara.



"Perkhidmatan (perbankan) yang kami berikan kepada pertubuhan kebajikan tidak dikecualikan daripada penilaian di peringkat global ini," menurut HSBC.




UPDATE: HSBC NAFI LAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.