Ubat Sakit Lutut ‘Skyline Al-Taqwa’ Beracun! adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ubat Sakit Lutut ‘Skyline Al-Taqwa’ Beracun! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Ubat Sakit Lutut ‘Skyline Al-Taqwa’ Beracun!





Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk ‘Skyline Al-Taqwa Sakit Pinggang dan Lutut’ serta ‘Skyline Al-Taqwa Gaut Asam Urat’ kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sampel produk berkenaan diperoleh melalui laporan kesan yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).


Menurutnya, produk berkenaan tidak berdaftar serta dijual sebagai ubat tradisional di Madinah, Arab Saudi serta didakwa boleh digunakan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit sendi tulang, sakit urat, letih, tangan bengkak, lemah tenaga, angin dalam urat, kebas tapak kaki dan lumpuh.


“BPFK menerima empat laporan kesan membabitkan produk Skyline Al-Taqwa antaranya seorang pesakit mengalami kesan serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mengdiagnosis pesakit yang mengalami simptom euforia akibat pengambilan produk mengandungi steroid.


“Semakan mendapati nombor pendaftaran dicetak pada kedua-dua produk itu palsu dan tiada produk menggunakan nama berkenaan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD),” katanya dalam kenyataan.


Dr Noor Hisham berkata, dexamethasone sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Ubat Sakit Lutut ‘Skyline Al-Taqwa’ Beracun! ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.