TETULANG KONKRIT MRT TERJATUH DARI LORI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya TETULANG KONKRIT MRT TERJATUH DARI LORI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





TETULANG KONKRIT MRT TERJATUH DARI LORI









KUALA LUMPUR - Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.



Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.



Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.



“Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.



“Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan,” kata kenyataan itu.



MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu, lapor Astro Awani.




TETULANG KONKRIT MRT TERJATUH DARI LORI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.